Tips 29 – 4 kesilapan WaidaKmy..
by waidakmy on May 19, 2008
in Panduan, Tips-Tips Komputer
Salam mesra semua
Maaf sebab post sebelum ini, mengambil masa yang lama (lebih seminggu tu, huhu). Banyak dugaan yang mendatang, semuanya dalam masa serentak. Memang menguji ketenangan saya sepenuhnya. Namun, banyak juga lah pengajaran yang saya dapat darinya. Yang penting, belajar dari kesilapan dan move on
Pengajaran paling berguna buat saya minggu ini. “Alah Membeli Menang Memakai” (Mahal pengajaran ini, sebab terbuang masa dan duit huu).
Anda kalau nak beli barang komputer, biarlah mahal sedikit asalkan elok, dan tidak buat hal di kemudian hari huhu. Jangan jadi seperti saya, sebab nak jimatkan RM200, rugi pula RM xxx + masa sekarang ini. (xxx sebab tak tahu berapa RM kena nanti hoho)
Sebenarnya, saya baru beli monitor LCD tahun lepas, dalam bulan 6. Jenama BenQ, dalam RM600++. Masa nak beli tu, sama ada beli BenQ Rm600++, atau Samsung RM800++. Biasalah kan, secara logiknya, mesti beli yang lebih murah, hoho.
Tapi, ini kesilapan saya yang pertama.
“Tak buat kajian, model apa yang nak dibeli terlebih dulu”
Nak beli barang yang mahal, cuba cari kat forum2 komputer, apa brand yang bagus, apa yang tidak. Selalu saya jumpa, pengguna yang menceritakan masalah dengan brand tertentu. Jadi, kalau banyak yang menghadapi masalah yang sama, elakkan la membeli brand tersebut (buat apa lah kita nak join sekali kan?) Ada juga kes yang terpencil. Jadi, pandai2 lah menggunakan kebijaksanaan kita
(saya tahu anda semua bijak2 belaka…)
Selepas 6 bulan guna LCD monitor baru (memang syok guna LCD berbanding CRT monitor gaban tu hehe), dah ada tanda2 mula nak rosak. Gambarnya mula distorted bila pakai lama sikit. Nak elokkkan gambar, saya perlu tutup monitor. Bagi ia cool down sikit. Tak syok la pula kalau gini.
Ini pula kesilapan saya yang kedua.
“Hilangkan resit pembelian”
Bila dah rosak, ingat nak hantar ke service center. Resit pula hilang, huhu. Nasib saya masih ingat bila saya beli, jadi boleh la agak2 monitor ni masih dalam warranty.
Tapi, saya cuba saja nasib bawa monitor ke service center. Sebabnya, belakang monitor ni ada tertulis Manufacturing Date (April 07), jadi agak kukuh alasan saya untuk hantar juga hehe. Pergi lah ke Lowyat, sebab situ saya beli monitor ni.
Kesilapan yang ketiga.
“Tak call service center terlebih dulu”
Sampai2 kat situ, tutup pula pada hari Ahad. Buka hari bekerja saja. Aduhai, penat saja mengusung monitor 17″ tu ke Lowyat. Mujur berkereta, bukan naik LRT. Terasa buang masa saja ke Lowyat, huhu.
Pulang semula ke rumah, pergi ke kedai komputer dekat dengan rumah saya. Senang cerita, hantar monitor tu kat situ, dan minta mereka bawa ke BenQ Service Center. Dengan bayaran sudah tentunya. Terpaksalah, nak buat macam mana. Hari bekerja, saya juga bekerja. Dah pastinya, tak sempat nak ke Lowyat. Takkan nak usung monitor ke pejabat, hoho
Kesilapan yang keempat.
“Membeli komponen komputer yang besar (susah untuk dibawa ke mana2), lebih baik beli di kedai komputer berdekatan, mudah untuk apa2 ‘after sales service’. “
Memang membeli komputer di kedai biasa, harganya lagi mahal. Jika saya beli monitor di kedai tu tempoh hari, saya tak perlu bayar servis caj untuk hantar monitor saya ke ‘service center’, kerana dikira ‘after sales service’. Hanya perlu bayar, untuk kos pembaikan saja. (Bergantung pada kedai juga sebenarnya ni, kalau kedai tu pandai nak jaga hati pelanggan, buat begini lah hehe)
Itu 4 kesilapan yang saya dah pun buat. Janganlah anda ikut jejak langkah saya pula huhu. Masa terbuang, RM pun terbang huhu.
Ok, Jumpa lagi
PS : Mujur ada spare CRT monitor…
Related posts:
- Tips 13 – kurangkan program yang running masa startup
- Tips 34 – Sambung external monitor pada laptop
- Tips 31 – kepentingan buat partition harddisk
- Jimatkan elektrik dengan setting ini..
- Masalah: Monitor terus padam!
- Pentingnya Safe Mode jika komputer bermasalah
- Tutorial Asas Edit Gambar – siri 2
- Apa “Press DEL to enter Setup” tu?




em, saya pun pernah gak tersilap dalam membeli ni kak waida. modem celcom wireless saya beli ngan rm800. survey2 kat forum, rupen2nye boleh dapat dalam rm500, malah ada yang lagi murah, kalau pandai cari.
nak buat cane, dah beli. lagipun kalau x beli, cane nak survey kat forum, huhu
jadikan pengajaran..
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 21st, 2008 at 7:18 pm
itu la. kadang2, memang tak tahu nak survey macam mana kat forum hehe. tak jumpa keyword yang betul susah sikit la
Balas Komen Ini
Erm.. barang BenQ memang masalah skit.. Saya pun terkantoi dgn keyboard/mouse wireless BenQ yang rosak selapas beberapa bulan… Dibandingkan dengan brand Logitech yang sebelum ini yang tahan lebih dari 2 tahun…
Kesimpulannyer.. Kalau dia marah skit.. Ada lah sebabnyer.. Jgn kelabu mata sebab murah… Qualiti adalah lebeh penting…
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 21st, 2008 at 7:21 pm
kalau mouse, suka pakai brand A4tech lagi. pengalaman baik aje la dengan brand ni hoho.
keyboard tak ada preference, sebab yang sekarang ni, tak rosak2 selepas bertahun2
ps: ingat siapa la yang marah, rupa2nya murah hehe..
Balas Komen Ini
Hmm..saya pun ingat nak beli lcd monitor jugak..tengah survey..rasa nak tunggu 2-3 bulan lagi bagi harga turun skit..brand ape yg baguss ekk..samsung?..
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 21st, 2008 at 7:22 pm
ada orang cakap, samsung bagus. tapi tak tau lah. kena survey kat forum lah
Balas Komen Ini
Sib baik ko gagah perkasa waidakmy..kekeke..kalau tak ada mau mc esok harinya mengangkut monitor sana sini
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 21st, 2008 at 7:24 pm
haih memang. mujur tak terlebih penat hehe. tapi bagus juga kalau boleh mc sekali sekala
Balas Komen Ini
Betul laa tu..paling senang beli kat kedai yang senang kita nak bawa kalau brg rosak..kalau mahal sikit tu takper laa..macam saya kadang saya cari kedai yang senang parking..hehe
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 21st, 2008 at 7:32 pm
komponen besar dan penting, after sales service mesti kena tip top
Balas Komen Ini
btul la
stuju sgt ngan topik ni….
lagi2..beli dr tpt yg jauh……~~~
skang ni, stakat nk bli brg kecik2, akan ku pk gak nak turun low yat yg dah agak ‘jauh’ dr aku…
gadget kt miri pun ok gaks…cume x byk choice…
huhuh
Balas Komen Ini
oh yeah… ini belum cite pasal AP set vs ori nye hal lagi ni… benda2 yg konfem bikin rosak mende2 elektronik la yg usually not covered by the warranty… so kadang2 cam… berat nak spend on this. Bleh kire nya cik Waida elaborate on warranties plak…
kalo mende2 macam keyboard ke, mouse ke, ergonomy of the said stuff pun kene amik kire jugak… kang sakit sendi pulak
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 24th, 2008 at 1:47 pm
komputer pun ada AP ngan ori ke? handphone tau la
kalau komputer klon dengan yang ori tau lah hoho
Balas Komen Ini
huhuhu…takziah utk ko…tp sememangnye nk membeli,of course harga jadi taruhan. even seringgit pun aku tetap berkira…hasilya..kualiti murahan yang kita dapat…
takpe la waida,lain kali kena lebih berhati-hati..aku nasihatkan diri aku sekali…huhu..sbbnye, aku beli laptop ni kat lowyat..then terasa cm susahnye nk g sana kalau ade rosak2…haha,nk drive pun sesat.
Balas Komen Ini
naik monorail je senang..tak ada lah sesat
Balas Komen Ini
ohoohoo….
nampak gaya nya semuanya terkena yerkk…
begitu gak ngan akak….
tp bukan yg lcd punya…
monitor biasa…
skrng tersadai kat bilik belakang…uhuhuhuuu…
dok tengah sebey laptop…
laptop apa yg ok ??
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 26th, 2008 at 8:34 pm
laptop?
saya memang suka 2 brand je, fujitsu dengan toshiba. reputasi baik la dengan keluarga saya hehe..cuma mahal sikit (ke banyak?) hoho
Balas Komen Ini
err..boleh tak kurang kan sikit ayat..ho ho…hu..hu…hee hee…..
maaf tegur….
Balas Komen Ini
Assalamualaikum
saya bercadang untuk beli laptop bagi memudahkan saya menggunakan brodband. so sebelum saya membeli laptop tersebut saya ingin mendengar pendapat dari anda semua, apakah jenis laptop yang direkomenkan?
dan bajet harga
TQ kerana sudi berkongsi maklumat
Balas Komen Ini
Ummisofea,
Wassalam. Seperti yang saya pernah kata, saya tetap rasa fujitsu yang best sebab ketahanannya. Tapi ialah, harganya agak mahal..
Apa pun, ummisofea boleh rujuk kat 2 link ni
1) http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/6105-laptop-dengan-harga-rm3000.html
2) http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/1467-laptop-notebook-cadangan.html
banyak cadangan..cuma jangan ummisofea yang pening nanti
Balas Komen Ini
ada sesape yg punya monitor rosak mahupun cpu (tapi kena complete la cpu tu)
area shah alam atau klang.
hubungi saya amir 016-3102609
atau email noorshahmi_masro
Balas Komen Ini
bagus la awak, muhasabah diri balik. erm, gud thing u learn ur lesson. walaupun besar kemungkinan ia akan berlaku lagi pada kita semua.
)
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
August 21st, 2008 at 4:08 pm
lesson will keep repeating itself until we learn from it
Balas Komen Ini
lain kali,alah membeli,menang memakai…apo-apo je la
Balas Komen Ini
apa pun yang berlaku mesti ada sebabnya kan… bak kata pepatah ‘kesilapan adalah guru untuk kita belajar’.
Balas Komen Ini
meh sini aku komen.utk pengetahuan korang semua aku dah 4 tahun aku jadik technician pc ni.then aku dapat tahu………..
brand Benq tu mmg hayat dia selama 2 tahun jerk.nasib agak baik boleh la 3 tahun.tu pun mesti ada claim waranti sekali.dia murah bukan apa…dia target pada orang guna sekejap.cam student atau orang yang x berapa nak guna komputer.atau pada beginner yang baru nak mengenali komputer.pastu plak korang yang beli plak lenjan 24jam seminggu x tutup mmg bye bye la.
LCD komputer ada pengiraan hayat.kita panggil MTBF(Mean Time Between Failure).good brand macam samsung atau LG ada kira-kira 50000 hours atau bersamaan 5 tahun……..brand macam Benq atau Acer dia potong separuh dari 5 tahun tu la.tu yang jadik murah tu…….ramai x perasan bende ni….tu pasal samsung ngan LG berani bagi 3 tahun waranti…pasal mereka tahu produk mereka macam mana………
aku dapat banyak kes report orang kata lowyat tipu.jual barang tiruan.jual barang murah.then aku tgk barang yang dijual tu mmg barang yang murah………
aku berani kata samsung+LG+Sony+Philips+Viewsonic aku gerenti korang leh beli tanpa takut.3 tahun waranti tu macam pejam mata jerk.kalau korang beli 2nd ada member jual pun jangan takut…korang boleh beli.xde hal…..aku berani jamin……..keje memilih brand ni mmg keje aku….
ramai kata barang elektronik x leh cakap pasal bila-bila masa boleh rosak.tu alasan paling ntah hapa-hapa aku dengar.
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
March 13th, 2009 at 9:17 am
@K.I.T.T, terima kasih atas penjelasan K.I.T.T yang panjang lebar
MTBF itu memang biasa saya guna in my line of works (kerja saya tak ada sangkut paut dengan komputer), cuma saya tak terfikir pula pasal ini pada barang2 komputer. Terima kasih sebab sedarkan saya. Lepas ini, saya akan scrutinize semua detail masa membeli.. B-)
Balas Komen Ini
aku really sure yang beli LCD benq kat loyat tu bukan 10 orang……..but nak return balik tu kedai tutup la.jauh la parking la.xde masa la….kenapa masa beli tu x RETI pikir semua bende tu?
ingat kedai dekat tu pun senang-senang nak waranti ke? mana ada.mesti ada rules.resit tetap kena ada.jual LCD tu rm 550 untung cuma rm 10 je kak/bang.kita untung x banyak pun.pergi ke service center tu dikira tu dikira service so mmg kena caj.
90% kerosakan pada LCD disebabkan brand tu sendiri.bukan disebabkan manusia yang menggunakan.
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
March 13th, 2009 at 9:22 am
@K.I.T.T, betul..memang kena ada resit..itu lah saya kata kesilapan saya adalah ‘hilangkan resit’. saja saya kongsikan untuk jadikan pengajaran buat semua..kes saya hari itu sebenarnya cuma exception..kesian tengok muka saya agaknya
Balas Komen Ini
sebenarnya resit tu xde apa.cuma bukti kita beli kat kedai tu.x bermakna kedai tu dekat kita xde resit kita leh mintak gitu jerk.x aci la macam tu.diorang pun jual jerk.korang nak murah diorang ikut.karang kalau barang mahal korang bebel.
dia yang terbaik bab2 beli pc ni@LCD korang kena ada `penasihat`.biar dia support product tu.dia tahu macam mana nak adjust contrast.dia tahu cam mana nak adjust brightness dia tahu bla bla bla…….cam lowyat tu korang tanya la apa kebende pun mesti dia kata `x tahu` atau paling popular saya `jual sahaja`……..xpun diaorang gi tingkat lain tanya orang lain…….
kalau boleh la jangan biasa2 tukar kedai.tukar penjual.jangan rabun sangat tgk harga…..cam aku kan kalau jual LCD kalau kustomer tu x tahu sangat nak pasang…..aku gi rumah dia aku tolong pasang…..besh x support dari aku..? tapi beza lcd aku jual ngan LCD loyat tu kat rm 60……mana korang suka? beza rm 60 tu memacam leh buat.
brand benq tu jual 20 balik 10…tapi disebabkan loyat tu jauh yang balik sampai kat sana mungkin 2 atau 3 sahaja.atas alasan minyak atau xde masa……kalau yang 2-3 tu pun kalau xde resit atau ada kesan usikan kat LCD tu waranti gagal.utk pengetahuan korang semua BEnQ dan ACER merupakan satu kompeni yang sama……..Benq tu apa produk dia pun semua cikai……kejap je rosak…….notebook dia pun jangan cakap……xde kualiti…bila rosak tu kalau boleh repair xpe…ni kira burn macam tu la…sparepart xde…pasal ramai orang x pakai.
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
March 17th, 2009 at 5:02 pm
@K.I.T.T, betul tu, resit memang kena ada sebagai bukti. tak ada pula saya cakap, boleh minta begitu saja pada pekedai, kalau tak ada resit
bergantung pada pekedai, ikut budi bicara dia lah..
Jika entri saya membuatkan ada sesiapa salah faham, saya minta maaf. sebenarnya, bagi saya, jika kita membeli di kedai berhampiran walaupun harganya mahal, ia akan memudahkan kita jika timbul isu-isu selepas pembelian, iaitu isu support (tertakluk juga pada kedai). Ini hanya sekadar pendapat peribadi saya semata-mata..
Tapi, bergantung lah juga kan..kalau nak membeli mouse contohnya, beli di mana-mana pun tak apa saya rasa
Saya sendiri, untuk sesetengah barang contohnya laptop atau desktop, saya memang dah ada penjual tetap. Dia juga yang bawa komputer ke rumah dan bila ada kerosakan, dia datang ambil untuk repair (ada kedai repair komputer sendiri). Walaupun harga yang saya ambil dengannya mahal sedikit, tapi support yang dia berikan memang menyenangkan saya..
Namun, ada juga benda yang saya beli sendiri sebab kadang2 hanya mahu beli satu komponen, malas mahu susahkan dia..
Bergantung pada budi bicara masing2
saya tidak memaksa sesiapa menerima pendapat peribadi saya..heh
Balas Komen Ini
@waidakmy, actually yang bagus tu bukan kedai tu.tapi brand yang dijual.mostly kedai komputer pun main jual je komponen2 komputer.mana nak google satu-satu.tgk murah.jual je la…..lagipun selaku peniaga ada kos sewa/gaji pekerja ada bla bla bla………x kira la yang dekat ke yang jauh ke…….pun x kira jugak sama ada yang ada kdeai sendiri atau bergerak secara freelance….sebanrnya peralatan komputer ni untung sikit je.cth monitor Benq 19`wide screen rm 399……untung rm 10 je tau……amik kira minyak+masa+tenaga……3 faktor bende ni…….tu yang kalau ada problem mmg yang jual tu muka bertangkup la….muka semacam masam je.pasal bende claim wranti ni mmg x besh.buang masa…….meletihkan.
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
March 20th, 2009 at 10:31 pm
kita komen dari aspek berbeza. saya sebagai pembeli, awak pula sebagai penjual. penjual memang ada masalah tersendiri, pembeli pun ada masalahnya juga. kena la kita sama2 hormat masing2. jadi tak ada isu kalau kita semua faham
Balas Komen Ini
ntahlah achieek memang dari dulu pakai barangan acer jer…x de masalah besar lah pulak dari tahun 2003 sampailah la ni… smua pun ok jer….alhamdulillah lah…. ape pun biarlah kita rajin survey n tanya pada yg lebih mengetahui…belajar melalui kesilapan g baguih utk masa depan beb…
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
April 21st, 2009 at 12:00 am
@achieek, ya..memang patut pun belajar dari kesilapan. kalau tak silap tu, kita tak belajar
Balas Komen Ini
Assalamualaikum. Saya suka baca info2 dekat sini. 2 minggu lepas ada pergi ke kedai komputer. Ada computer model baru “Atom” brand acer. cpu besar tapak tangan saja, tapi LCD 23″. Menarik nampaknya, tapi nak tanya juga kalau-kalau ada yang berpangalaman dengand mini cpu ni..
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
June 29th, 2009 at 8:49 am
@fathuri, waalaikumussalam
Terima kasih kerana rajin jenguk-jenguk di sini. Saya tak ada pengalaman dengan mini CPU ini. (Mungkin ada pembaca yang pernah menggunakannya?)
Tetapi, pada pendapat saya, besar kecil saiz CPU itu tak ada masalah, mungkin dalam pengaliran udaranya saja. Tetapi, secara logiknya, mereka (pembuat) sudah pasti mengambil kira masalah ini.
Apa yang penting, adalah komponen dalam mini CPU itu. Memandangkan CPU itu bersaiz kecil, sudah pasti, ada beberapa komponen yang ditiadakan (DVD-rom mungkin?)
Tengoklah sama ada komponen yang kita mahukan itu, ada dalam CPU itu, dan sesuaikan dengan keperluan kita. Jika kena dengan citarasa kita, why not?
Balas Komen Ini
HAiri Reply:
August 3rd, 2009 at 6:23 pm
@fathuri, nk pakai boleh.tapi nanti bende tu rosak terus buang.x leh repair.bende tu pakai buang.proses nak rosak tu x lama.bagi 1 tahun 6 bulan.bulan ke 6 tu tengok.mesti hidup huru hara.pasal semua bende kat dalam tuh.
Balas Komen Ini