Tips 32 – Clear cache dan browsing history

Salam mesra semua :)

Penat tapi enjoy!! Saya baru saja balik dari kursus “Defensive Driving” di Johor Circuit. Harap2 jadi pemandu yang lebih baik dari sebelum ni :D

Akhir2 ini, selalu dengar cerita duit dalam akaun bank hilang melalui internet. Bagus bila ada liputan sebegini, sekurang2nya orang berjaga2. Tapi, saya cuma fikir, sayang, sebab tentunya akan menakutkan orang yang belum atau baru nak berjinak2 dengan transaksi bank online.

Alhamdulillah, selama 2 tahun guna servis ini, tak pernah terjadi apa2 lagi. Yang penting, anda tahu apa yang perlu anda lakukan untuk elakkan terjadi kes2 sebegini. Kesilapan2 yang saya perasan dalam kes sebegini,

Login ke akaun bank online melalui link dalam emel

Jangan sekali2 login ke akaun bank anda melalui emel. Bank di Malaysia jarang berurusan dengan pelanggan melalui emel, selalunya melalui surat. Ini yang dikatakan phishing. Walaupun link yang diklik seakan2 sama rekabentuknya, jangan login juga. Jika sudah ter”login”, cepat2 tukar password. Cara selamat, sentiasalah hafal alamat website bank terbabit. Jadi, taip di browser dan login melalui situ. Tak pun, taip nama bank di Google atau Yahoo terlebih dulu untuk dapatkan alamat website bank.

Benarkan orang lain daftar akaun online untuk anda

Ini paling bahaya. Memang sedikit leceh kerana anda perlu daftar nombor handphone dan dapatkan 6 digit nombor sekuriti dari mesin ATM. Namun, biar leceh tapi selamat, dari senang tapi duit lesap. Daftarkan handphone adalah penting kerana anda perlukan nombor TAC untuk setiap kali transaksi online. 6 digit nombor sekuriti pula adalah untuk pertama kali login.

Apa yang terjadi, mereka yang ‘baik hati’ mendaftarkan untuk anda, gunakan 6 digit nombor ini untuk membuka akaun bank anda secara online. Kemudian, mencipta login name dan password yang sudah semestinya anda tidak tahu. Lebih buruk lagi, telah daftarkan telefon mereka terlebih dulu. Dah jadi begini, selamat jalan sajalah duit dalam akaun bank tu…

Sentiasa berhati-hati

Jangan pula anda cuak. Yang penting, anda kena sentiasa amalkan prinsip berhati2, lebih2 lagi yang melibatkan duit. Juga, sentiasa amalkan “clear cache dan history dalam browser” :) . Cara ini lebih perlu dilakukan jika anda online melalui komputer di tempat awam contoh cyber cafe (CC).

Cache – Tempat simpanan sementara. Semasa anda melayari sesuatu website, komputer akan simpan data website ke dalam komputer dalam subfolder Cache (yang berada dalam folder IE atau Firefox). Jika lain kali anda melayari website yang sama, browser akan ambil data yang disimpan dalam Cache bukan dari server asal. Konsep ini digunakan untuk mencepatkan loading sesuatu website.

History – Senarai laman web yang telah dilawati anda.

Clear Cache Dan History Di Internet Explorer (IE)

Nota – Saya gunakan IE versi 6

Cache

  1. Pilih menu “Tools” dan klik “Internet Options”
  2. Di menu “Internet Options”, pilih tab “General”
  3. Klik pada “Delete Cookies” dan klik “Ok”
  4. Klik pada “Delete Files” dan klik “Ok”

History

  1. Sama langkah seperti di atas sehingga no 2
  2. Klik pada “Clear History” dan pilih “Yes”

Setelah selesai buang data Cache dan History, pastikan tekan “Ok” pada menu “Internet Options”

Clear Cache Dan History Di Firefox pula

Ini mudah lagi :)

  1. Pilih “Tools” dan klik “Clear Private Data”
  2. Jika anda hanya mahu clear Cache dan History, tanda (/) pada Cache dan Browsing History saja. Jika tidak, tandakan semua pun ok
  3. Klik butang “Clear Private Data Now”

Selesai…

PS: Asniz, belum dapat lagi saya ceritakan tentang RAM :) tengah fikir2kan apa yang perlu diceritakan…

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. 4 Perkara Perlu Ada Untuk Shopping Online
  2. Tips 19 – tak sengaja tertutup browser?
  3. Tambah emel domain di Gmail
  4. Mari melawan SPAM dan PHISHING!!
  5. Kerap online? Letaklah password di pc anda
  6. Tips 25 – Tak dapat sambung ke internet?
  7. Panduan Shopping di Internet
  8. Asas Website Siri 1

Comments

16 Responses to “Tips 32 – Clear cache dan browsing history”
  1. GBuddy says:

    Hi waidak… (dak?)

    Terus terang saya akui, saya meng’online’kan diri di rumah menggunakan wi-fi yg saya sendiri tidak pasti puncanya… (mungkin jiran2 terdekat…) aka online secara percuma hehe…

    Disebabkan itu, saya lgsg x pernah menjengah website online banking dari rumah, kerana sgt khuatir dgn unknown source of wi-fi nih, mungkin sesuatu yg buruk bakal berlaku…

    Soalan:
    Wajarkah saya berprasangka sedemikian?
    Mungkinkah boleh dilakukan pencurian dari talian?
    (p/s: dlm masa yg sama, PC saya mmg jarang dikongsi oleh pihak kedua…)

    paan Reply:

    Wajar sangat2…

    Kalau menggunakan wifi yang tak tahu asal usulnyer adalah sgt bahaya.. Satu teknik yang digunakan oleh orang2 yang cuba mencuri account adalah teknik “pharming” (http://en.wikipedia.org/wiki/Pharming).

    Teknik ini amat bahaya.. sbb walaupun kita memasukkan alamat yang betol di browser kita pun mereka dapat redirect kita ke website utk phising password kita… Ini adalah disebabkan DNS adalah dibawah kawalan mereka sendiri..

    Slalunyer takde masalah.. bkn sesaper jer ada technical expertise untuk set up dns server yang telah dipoison.. kalau itu wifi starbuck kat sebelah rumah ker.. pakai jer la..
    tapi kalau tak pasti tentang asal usul wifi tu.. sebaik2nyer jangan pergi ke website online banking… better safe than sorry la kan…

    waidakmy Reply:

    GBuddy,
    aha salah seorang penumpang wifi..harap2 bukan kamu yang tumpang wifi rumah saya :P jangan marah gurau saja..rumah saya dah pun sekat penumpang2 ni heh..

    macam paan kata, memang wajar pun. boleh dikira unknown sources juga ni. bukan kita betul2 tahu pun sumber wifi ni dari mana betul tak? melainkan kita betul2 pasti. tapi takkan la GBuddy nak tanya jiran2 sebelah, “ni wifi siapa ya?” ;)

    yang penting selamat…

    PS: panggil saya waida saja sudah :) (pelik la pula waidak tu) FYI, kmy tu nama singkatan untuk ayah dan datuk :D

    paan,
    terima kasih. belajar satu term baru :)

  2. GBuddy says:

    ish, saya di Miri lah… sgt jauh mau menjadi waida nyer phenumpang… hehe

    Thanks paan, nasihat akan dipanjangkan kepada rakan2 serumah yg lain…. :)

  3. zawiah says:

    salam semua…
    kisah curik duit online ni pernah terjadi kat suami akak…
    dari akaun E-gold
    dia minta verify p/word melalui email…
    lepas tu apb esben check duit tu dah lesap dan akaun atas nama esben ditutup…
    iskkkk….smnjk itu dah takut kalau terima dlm email apa apa yg berkaitan dgn akaun bersabit dgn pitis.

    lesap gak le dlm USD 400 ….dpt gak wat shopping…

    harap harap dpt ambik iktibar semua…

    waidakmy Reply:

    banyak tu USD 400..hmm..memang leh wat shopping :D

  4. samdaddycool says:

    salam…

    tanya sket… kursus “Defensive Driving” tu ada ajar drift tak :)

    waidakmy Reply:

    wassalam,

    nak ke arah drift tu ada la hehe..cuma skidding je :D

  5. samdaddycool says:

    skiding tu ala2 terpleot ker?? :P

    ….nak tanya sapa2 ada experience trade dgn Nigerian tak??

    ..tadi saya baru jual paypal, mamat ni dah bank in dlm maybank, paypal pon dah clear.. pastuh check dlm SE…… nama / origin dia mcm Nigerian??

    waidakmy Reply:

    hmm, terpleot..?

    skidding=kereta terpusing ada lebih 90deg kot :P

    saya tak pernah berurusan dengan nigerian lagi. tapi pernah dengar cerita yang tak baik la. cuba berhati2 la

    tapi agak susah kan untuk mintak refund jika guna maybank, lainlah kalau paypal.

  6. samdaddycool says:

    ..tapi dah clear pon maybank tu… tak tau la kalau ada dpt komplen nanti??

    waidakmy Reply:

    tak pernah pula dengar orang complain dengan maybank dan maybank refund..hmm

  7. Salam Kak waidakmy..terima kasih atas info tth clear history dan cokies..puas juga godek2 kat wnc cari artikel akk ni..last2 jumpa blog akk yang penuh bernas ni..lepas ni jd pengunjung setia lah saya utk tahu info ttg komputer..terima kasih kak..

    sudi2 juga kunjungi web dan blog saya:

    http://www.kedainiaga.com

    http://www.kedainiaga.com/myblog

    waidakmy Reply:

    wassalam :)

    sama2. insya allah akan cuba tulis sebanyak mungkin tentang komputer, tapi tips kat sini kebanyakannya yang simple saja. yang complicated rasa2nya sudah banyak disentuh oleh penulis blog lain. boleh rujuk kat link di tepi :)

    ps: tak payahla berakak2..rasa2 diri ni muda lagi hehe.

  8. samdaddycool says:

    …wah muda lagi… :P

    …tapi saya suka dgn content blog ni. simple but usefull

    waidakmy Reply:

    terima kasih :)