Tips 35 – Apa yang anda boleh buat bila dijangkiti virus?

by waidakmy on July 12, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam mesra dari Miri :)

Ramai yang tahu guna komputer sekarang berbanding dulu. Bagus juga perkembangan ni. Mengikut teknologi lah katakan. Tapi, saya rasa, masalah lain pula yang banyak timbul serentak dengan perkembangan ini. Masalah dijangkiti virus.

Saya akan kongsikan cara saya secara am nya. Virus yang mudah2 apa kata anda cuba selesaikan sendiri dengan cara ini? :)

Sebelum itu…

Bagaimana tahu komputer telah dijangkiti virus? (Termasuklah trojan, spyware, malware dan seangkatannya)

1 – Ada notis dari antivirus, komputer anda telah dijangkiti virus (penting untuk ada perisian antivirus dan sentiasa diupdate)

2 – Wujud fail2 baru yang anda tak pernah lihat sebelum ini (kadang2 dalam bentuk hidden file, lihat cara di sini untuk tunjukkan hidden file/folder)

3 – Thumb drive anda tak boleh klik 2 kali untuk buka. Perlu klik kanan untuk buka (kebanyakannya lah)

4 – Komputer menjadi makin lambat (tidak semestinya kadang2 kerana ada banyak sebab lain juga)

5 – Dan macam2 lagi (Ada tanda2 lain yang anda mahu kongsikan? )

    Cara membersihkan virus secara amnya

    1 – Catat nama virus (secara tepat) dari notis antivirus anda. Susah untuk selesaikan masalah ini jika tak tahu nama virus. Kalau wujud fail baru, ambil nama fail tu beserta extension failnya sama ada .exe, .dll, .vb dan lain2

    2 – Buka search engine Google atau Yahoo, dan paste nama virus atau nama fail di kotak search. Selalunya, akan ada penyelesaian untuk virus tu, sama ada di forum atau website antivirus. Jika bernasib baik, akan ada removal tool nya sekali. Boleh juga nak reword search dengan tambah perkataan “removal” untuk dapatkan hasil carian yang lebih baik.

    3 – Buka beberapa cara penyelesaian tersebut dan bandingkan. Ambil penyelesaian yang paling dekat dengan masalah yang dihadapi dan anda faham apa yang perlu dibuat (paling penting sekali). Kelebihan jika memahami bahasa inggeris. Jika tak berapa faham keyword yang digunakan, cari maknanya di Google gunakan tips define.

    4 – Cetak penyelesaiannya dan cuba ikuti langkah demi langkah. Jika ada nota beramaran, ambil perhatian apa amarannya, dan jangan lakukannya.

      Penyelesaian ini secara amnya, mungkin dapat (mungkin tidak) menyelesaikan masalah yang anda hadapi, bergantung kepada kes. Yang penting, rawat secara cepat sebelum lebih teruk komputer anda di’kerjakan’. Jika telah teruk, ambil apa yang terjadi sebagai pengajaran untuk masa depan. Manusia kan sentiasa lebih ingat pada kesilapannya.

      Sebenarnya, paling penting adalah mencegah daripada mengubati. Paling baik adalah elakkan perkara2 di bawah ini

      1 – Melawati laman2 web yang diragukan (faham2 sendiri lah)

      2 – Mencari cheat code games melainkan anda tahu caranya (di mana sumber yang sah)

      3 – Menggunakan MiRC, Kazaa, Limewire, etc (maaflah, tapi memang saya cop semua ini antara sumber kemasukan virus)

        Jika nak buat juga No 2 dan 3, pastikan ada antivirus yang bagus dan sentiasa diupdate (saya pernah cerita tentang ini di tips lama2). Kemudian,wajib pasang firewall yang bagus (boleh cuba filseclab, saya dah cuba bagus juga)

        Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubatinya!!

        PS:Terasa pelik sikit di sini, kerana ada perbezaan masa dalam satu jam heh

        PSS: Post yang dicedok bulat2 dari www.waidakmy.com. Hmm..

        • Blogger Post
        • Delicious
        • Google Bookmarks
        • Yahoo Mail
        • Yahoo Messenger
        • Twitter
        • Hotmail
        • Facebook
        • Digg
        • LiveJournal
        • Technorati Favorites
        • Tumblr
        • Windows Live Favorites
        • Share/Bookmark

        Related posts:

        1. Tak perlu risau dijangkiti virus
        2. Tips 3 – bolehkah PC anda dikategorikan selamat?
        3. Tips 18 – jaga-jaga dengan virus cinta!
        4. Tips 13 – kurangkan program yang running masa startup
        5. Tips 14 – buat restore point dalam pc anda
        6. Tips 33 – Sembunyikan fail rahsia anda!!
        7. 12 Blog Komputer Anda Patut Tahu

        Comments

        7 Responses to “Tips 35 – Apa yang anda boleh buat bila dijangkiti virus?”
        1. paan says:

          Dari pengalaman saya.. salah satu lagi punca virus yang besar adalah email…

          bukak email pun kena ada comman sense skit…
          kalau tak pernah masuk pertandingan loteri.. macam mana plak bleh menang satu juta ringgit.. atau pun takkan aa tycoon minyak arab nak mintak ko suruh simpankan duit dia..

          bak kata nabil raja lawak.. “lu pikir la sendiri…” jangan maik click ikut suka jer…

          Balas Komen Ini

          waidakmy Reply:

          well said :)

          sendiri mau ingat..

          Balas Komen Ini

          paan Reply:

          banyak plak typo dalam komen nih..
          :D jatuhkan kredibiliti sungguh.. ehehe

          Balas Komen Ini

        2. kz says:

          hehe.. kebetulan la plak kan.. Time aku tanye ko pasal virus ni, rupe2nye ko dah tulis dah pun jawapan kat cni. Instinct baek punya :D Tp kan2, kalo ko ade kat cni, mcm time belajo2 dlu.. best nye~~ ade problem je, ko leh tulun tgkkan.. xyah aa aku carik2 solution nih. Erm.. pe kate ko mintak tukar cni? hehehe :D

          Balas Komen Ini

          waidakmy Reply:

          tak apalah :P dah happy duduk kl aha

          Balas Komen Ini

        3. bdk kerdil says:

          pc aku baru kene virus..aku tak tau virus ape..bile aku klik kat my com trus die tulis camni “mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm”..virus ape ni?pastu xbleh bukak my computer..camne nak setelkan?tolong email kat aku.terima kasih kalau dapat membabtu

          Balas Komen Ini

          waidakmy Reply:

          @bdk kerdil, mohon Tuan isikan maklumat masalah Tuan dengan lengkap di sini -> http://waidakmy.com/hubungi-saya/

          Terima kasih!

          Balas Komen Ini

        Kongsikan Pendapat Anda