Tips 9 – install microsoft equation dalam word

by waidakmy on January 1, 2008
in Tips-Tips Komputer

Salam pembaca semua :)

Ada orang yang bertanya, macam mana nak masukkan equation dalam Word?

Sebelum itu, untuk pengetahuan ramai, lebih baik saya terangkan. Ada satu program, iaitu Microsoft Equation yang dicipta untuk masukkan formula2 matematik ke dalam Microsoft Office. Memang mudah sangat, hanya pilih saja mana2 formula yang kita kehendaki.

Ok, kita teruskan dengan Langkah2 untuk install microsoft equation 3.0.

(Nota – Jika sudah install Microsoft Equation, skrol terus ke bawah untuk baca langkah2 guna microsoft equation dalam word.)

Pastikan bersama2 anda, CD Installer Microsoft Office yang anda guna dulu untuk install Microsoft Word. (ATAU, sekiranya anda install dari folder di network, pastikan ada dapat akses ke folder tersebut semasa proses ini berjalan)

1. Tutup semua program untuk mula install.

2. Klik “Start” dan pilih “Settings“. Kemudian, pilih ” Control Panel“. (Atau, Klik “Start” dan klik terus “Control Panel“).

3. Buka “Add/Remove Program“.

4. Dalam senarai “Currently Installed Program“, cari “Microsoft Office” atau “Microsoft Word“.

5. Klik program “Microsoft Office” atau “Microsoft Word” tersebut.

6. Di hujung, anda akan jumpa butang “Change” dan “Remove“. Klik butang “Change“.

7. Satu menu Setup akan keluar di skrin. Pilih “Add /remove features” dan tekan butang “Next“.

8. Pastikan ada tanda ( / ) pada Microsoft Word.

9. Tanda ( / ) “Advanced customization of applications” sebelum tekan butang “Next“.

10. Skrol ke bawah dan cari “office tools“. Klik (+) di sebelah “office tools” untuk expand “office tools“.

11. Skrol ke bawah dan cari “equation editor“. (Sekiranya bertanda (X), sahlah anda belum install lagi program ini)

12. Klik anak panah kecil di sebelah (X) tu dan pilih “Run from my computer“.

13. Tekan butang “update” dan proses update akan bermula.

Nota – Sekiranya, semasa proses update, ada arahan meminta CD dimasukkan. Sila masukkan CD Microsoft Office anda dan pilih CD drive yang betul dan tekan butang “OK”. ATAU, cari “Shared Folder yang ada installer Microsoft Office” sekiranya anda install Microsoft Office dari network.

Selesai langkah2 di atas. Sambung pula dengan Langkah2 untuk masukkan equation dalam Word.

1. Buka program Microsoft Word

2. Klik tab “Insert ” dan pilih “Object“. Satu menu akan keluar di skrin.

3. Di bawah tab “Create New“, skrol ke bawah dan cari Microsoft Equation 3.0. Klik butang “ok“.

4. Jika anda sudah lakukan langkah2 di atas, satu kotak beserta satu menu yang terkandung2 formula matematik akan muncul di dalam Word.

Tahniah!! Anda dah berjaya masukkan equation dalam Word.

PS: Ada apa2 masalah, tinggalkan saja komen anda. Saya akan cuba membantu :D

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Tips 16 – Top 10 shortcut key dalam microsoft word
  2. Tips 12 – dapatkan fail anda selepas Word hang
  3. Tips 5 – Dapatkan pertolongan di saat kritikal
  4. Tips 14 – buat restore point dalam pc anda
  5. Tips 2 – kenal pasti error mesej dengan mendalam
  6. Tips 10 – AWAS – berhati2 bila delete fail
  7. Tips 13 – kurangkan program yang running masa startup
  8. Lajukan pc anda – buang fail dalam temp folder

Comments

10 Responses to “Tips 9 – install microsoft equation dalam word”
  1. ShawnSharif says:

    mek… u cud highlight on a software that I sometimes use to retrieve files yg telah berjaya dibuang secara sengaja atau tidak… ter-inspirasi bile blog hopping & terjumpa 1 post about this 16 yr old blogger yg kene paksa buang posting pasal rakan2 sekelasnye & gurunye bersekongkol tengok notes during exams! hehe… mmg kite bleh buang, but not at all permanently ;) there’s gonna be traces of d file left unless of course dh format hard disk tersebut or dah bertahun file kene buang =)

    kalo ko lagi rajin, sile2 compile all those functions yg wujud dalam microsoft excel + how to use it =) I am sooooo not good in it! e.g functions cam rand(), cemane nak linkage from one worksheet to another… things like that

    Balas Komen Ini

  2. waidakmy says:

    wah2 panggil aku mek ye :p

    cek mek, :P

    banyaknya idea hehe..akan cuba ku tunaikan :D

    apa nama software yang ko pakai tu? nak tau gak.
    jarang pakai this type of software..sebabnya dah serik terbuang benda yang penting..huhu..lagi parah bila tak bole recover semua..sob2

    dulu suka tekan SHIFT+DEL hohoho..bila tekan key ni serentak..automatik terbuang terus…memang takkan masuk dalam recycle bin dah..huhu..serik2..sume gara2 malas nk empty recycle bin ish2

    Balas Komen Ini

  3. kujai says:

    aaa~~~ aku agree 100% dgn shawn psal f(x) excel tu.. heh, kalo leh bgtau shortcut fx tuh lagi best. nak kurgkan penggunaan mouse~~ (mouse pun dah xde.. kene makan ngan kucing laptop.. haha)

    Balas Komen Ini

  4. waidakmy says:

    hoho..mouse dah takde..beli saja yang baru :D

    advise simple dari aku..jenguk2 la help file excel :P just joking..

    insya allah, i’ll try my best to explain function yang susah2 tu..eh function dalam excel ada shortcut ke? tak tau pulak aku..rasa2 kene taip semuanya hoho

    Balas Komen Ini

  5. @sf@ says:

    amboi..
    besh2 blog ko nih
    baru dpt ku tulis komen..
    nnt aku luaskan kpd pembace2 lain ye

    satu jek..out of topic ni…
    tp psl blog ni…

    nape gamba ko kt tgh2… nak wat divider die ke.. =p
    nmpk mcm kompius jek nak bace.. antare topik2 n citer ko.. mmm mcm x masuk..hehe
    x tau la
    my view jek

    Balas Komen Ini

  6. waidakmy says:

    thanks hasfa :)
    hmm..aku dah tengok..rupa2nya theme ni ada masalah dengan browser IE (internet explorer). aku pakai mozilla firefox, tak sedar pulak problem ni. thanks :) nanti aku try lah camne nak rectify problem ni.

    gunala mozilla..cun sebenarnya rupa asal dia ;)

    Balas Komen Ini

  7. Amin007 says:

    rasanya aku pernah buat dulu
    ingat nak buat balik laa
    hehehe :D

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Amin007, buat-buat..jangan tak buat :)

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda