4 Langkah Selesaikan Masalah Komputer

by waidakmy on July 2, 2009
in Troubleshooting PC

Salam dan Apa khabar? :)

“Habis tu kalau tak format nak buat macam mana? Takkan nak biarkan macam tu jer?” komen Asrol dalam post saya yang lepas.

Untuk Apa Format Itu?

Bukanlah tidak boleh. Boleh, cuma bagi saya, format selalunya perkara terakhir dalam proses menyelesaikan masalah komputer. Saya biasa bertanya pada diri,

“Kalau aku format komputer, rasa-rasanya selesai tak masalah ni?”

Kadang-kadang, bukan satu saja penyelesaian yang datang, malah timbul pula idea alternatif. Mungkin ada yang mempersoalkan,

“Kau tak apalah, waida. kau tahu banyak perkara tentang komputer”

Jangan anggap saya begitu. Saya juga manusia biasa. Ada perkara yang saya tahu. Ada perkara juga yang di luar pengetahuan saya. Malah, ada pembaca blog ini yang lebih hebat ilmu komputernya dari saya :) Antaranya, K, Garfield, Shahrul, Dekan dan lain-lain lagi (sekadar menyebut beberapa nama). Ada antara mereka ini yang belajar secara formal lagi.

Jujurnya, saya hanya tahu dan minat tentang troubleshooting komputer, apabila saya memiliki komputer saya sendiri 9 tahun lepas. Saya memang berterima kasih pada masalah-masalah yang melanda komputer saya selama ini :D

Cumanya, saya yang bukan graduan IT ini, bolehlah cuba kongsikan apa proses menyelesaikan masalah (troubleshooting) yang saya lakukan. Mungkin ia dapat membantu anda, sebagaimana ia membantu saya.

Langkah-Langkah Troubleshooting Sendiri Komputer

1. Jangan Panik

Ya, jangan panik, walau komputer anda terbakar sekalipun :D Bila tenang, barulah anda boleh berfikir dengan jelas

2. Berkenal-kenalan Dengan Masalah

Apa saja notifikasi (pop up) yang keluar di komputer anda, hatta skrin biru (Blue Screen On Death) pun, jangan tutup atau abaikannya. Sebaliknya, salin apa yang diberitahu di situ walaupun anda tidak faham langsung apa yang disalin. Jika panjang, hanya salin yang utama saja.

3. Fahami Masalah

Ini proses yang memakan masa serta memerlukan kerajinan dan ketabahan anda. Biasalah, bukankah memang memakan masa untuk mengenali dan memahami seseorang? :)

Kata kunci yang sudah disalin di langkah 2 tadi, taip kesemuanya di enjin carian, sama ada Google atau Yahoo. Kebiasaannya, masalah yang kita hadapi itu, juga dialami orang lain.

Anda perlu saring satu persatu keputusan enjin carian yang terpapar.  Saya akui, bukan senang untuk menyaring penyelesaian yang ada. Saya sendiri pun kadang-kadang pening (rasa mahu muntah pun ada) melihat penyelesaian yang ada.

Tips Dari Saya

a – Gunakan (” “) ini sebelum dan selepas kata kunci yang anda masukkan dalam enjin carian

b – Cari masalah yang seakan-akan masalah anda. Jika tidak, abaikan saja

c – Selalunya penyelesaian lebih banyak dijumpai di forum-forum

4. Kategorikan Masalah

Berdasarkan penyelesaian yang anda jumpa, kategorikan masalah anda. Adakah ia masalah hardware (benda-benda fizikal, seperti kad grafik, printer, kad bunyi, RAM) atau software (benda-benda digital, contohnya perisian aplikasi seperti Microsoft Word, Adobe Reader, WinZip atau perisian Windows itu sendiri)

Jika ia satu masalah hardware, hantarlah ke kedai, jika anda tidak mempunyai keupayaan untuk membaikinya. Saya sendiri pun hantar ke kedai. Jika dibuktikan memang rosak, ia perlu diganti baru. Sambil-sambil hantar komponen itu ke kedai, tanyalah kenapa ia rosak. Untung-untung anda tahu kenapa ia boleh terjadi, dan boleh mengelakkannya kemudian hari.

Jika ia satu masalah software,

Jika perisian aplikasi? Saya lebih suka uninstall dan install saja semula perisian itu. Lebih mudah.

Jika perisian Windows? Bergantung kepada tahap kerosakan Windows anda. Selalunya, saya akan cuba baikinya (mengikut penyelesaian yang saya dah jumpa tadi) terlebih dulu, sebelum format. Itulah yang saya maksudkan sebagai format adalah langkah saya yang terakhir.

Ada Jalan Shortcut Tak?

Oh ya, jika rasa ia sesuatu yang susah dan menggunakan masa anda dengan banyak, jalan shortcut ada, iaitu hantar terus komputer ke kedai. Namun, haruslah bersedia untuk mengeluarkan wang. Sudah lumrah alam.

Mahu cepat dan mudah, mahal harganya
Mahu murah dan ringkas, lambatlah jawabnya
Mahu cepat, mudah dan murah, buatlah sendiri ya!

Ok, Apa yang anda buat bila hadapi masalah komputer?

Bacaan Tambahan: Bagaimana Format Komputer

-WK-

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Selesaikah masalah dengan format komputer?
  2. Tak Dapat Akses Internet: Apa Langkah Anda?
  3. Apa itu Driver ?
  4. Panduan Convert Fail Kepada PDF
  5. 4 format burn yang perlu difahami
  6. Skrin komputer tidak menyala
  7. Tips 35 – Apa yang anda boleh buat bila dijangkiti virus?
  8. Apa converter avi kepada DVD yang bagus?

Comments

12 Responses to “4 Langkah Selesaikan Masalah Komputer”
  1. TMUkmkd says:

    weh weh.. ni apa sebut2 neh :D

    tak la.. semua orang ada bahagian kelemahan masing2. macam K, K tak hebat kalau nak berkata pasal hardware. serius.. pernah tengok K cakap pasal grafik kad ke apa? tak kan? so yang lemah kita belajar, yang kuat kita kongsi :D

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, sekali sekala apa salahnya :D

    Balas Komen Ini

  2. TMUkmkd says:

    untuk menjawab soalan terakhir WK (bukan MK :P )

    – perhatikan dahulu apa simptom yang tak de sebelum ini. jika dulu boleh bukak lagu,tiba2 tak boleh. yang dulu boleh main game, yang ni tak boleh main game, macam tu. kalau lagi detail lagi bagus.

    – bertanya. macam apa yang K katakan dalam post atas, tak tahu kita belajar, yang tahu kita kongsi. forum amat membantu. banyak forum yang bagus2. dan kalau malu dalam bahasa malaysia pun ada.

    – membaca. ni paling berat dan paling orang malas nak buat. kerana boleh jadi terlalu teknikal :D tetapi berbaloi untuk jangka panjang.

    kesimpulan: kalau K, K diagnostic dulu masalah dan fikirkan jalan keluar. google apa yang patut. dan jangan putus asa. kerana tak mustahil masalah sama akan datang kembali :)

    p/s: gud post WK!

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, yup. kena selalu perhatikan simptom, ia sama macam penyakit di dunia nyata juga

    p/s: terima kasih!

    Balas Komen Ini

  3. HOT ZOOM says:

    Salam,
    TK kat WK dan K
    Nasib baik korang ni ada boleh gak aku buat itu dan ini.
    Kalau tak sampai sekarang pun aku buta IT.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Hot Zoom, sama-sama :) Yang penting, jangan lupa amalkan apa yang ada dalam blog ini

    Balas Komen Ini

  4. Dekan says:

    Uiks.. Ade nama Dekan tuh. Hehe. Tapi terel la sebab jarang org pempuan nak troubleshoot komputer. Kesedaran berkomputer Dekan pun start sejak first dapat komputer.. Lets see.. 12 tahun lepas. Wuhu.. Pentium 1.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Dekan, tak ada la terer. biasa-biasa saja. mula-mula terpaksa (sebab tak tahan kalau tak buka komputer lama-lama), lama-lama minat pun datang :)

    Balas Komen Ini

  5. Amin007 says:

    nak buat analisa masalah yang payah
    pc opis aku kebanyakan dah kena virus
    aku taknaklah guna kaedah format

    dah pakai kav dan avg tapi masih tak berhasil

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Amin007, tak berhasil buang virus ke maksud amin? virus apa tu?

    Balas Komen Ini

  6. Amin007 says:

    @waidakmy, kalau tak silap aku virus yang ada wujudkan folder Recycler dan fail autorun.inf. jadi setiap kali aku cucuk pendrive, hantu 2 ekor tu ikut sekali.

    ada syor apa patut aku buat???
    aku dah guna hijack kat pc yang terkena hantu namun tak dapat dikesan mana-mana
    fail yang tak sepatutnya.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Amin007, hmmm..

    kalau setiap kali cucuk pendrive, virus tu masuk. mungkin komputer pun dah infected. jadi perlu cari puncanya dalam komputer. kalau antivirus yang ada tak berkesan, cuba guna antivirus lain. perlu tahu nama virus, kalau tidak susah untuk cari penyelesaiannya. dan, jangan lupa tukar setting show hidden folder, supaya senang nak nampak fail-fail tersorok

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda