Apa itu Device Manager?
by waidakmy on April 20, 2009
in Troubleshooting PC
Salam dan Apa khabar?
Sering orang bertanya pada saya,
“Bagaimana nak tahu apa yang ada dalam komputer saya?”
“Saya tak pastilah saya gunakan network card yang bagaimana”
“Berapa jumlah harddisk dalam komputer saya?”
Untuk mengetahui apa yang ada di dalam komputer anda TANPA membukanya dan juga meng-install apa-apa program tambahan, anda hanya perlu membuka apa yang dipanggil ‘Device Manager’
1. Klik kanan pada ‘My Computer’. Pilih ‘Manage”

2. Klik ‘Device Manager’ pada menu ‘Computer Management’

Di sini, anda boleh melihat semua komponen komputer yang terdapat dalam komputer anda. Katakan yang saya ingin tahu network card apakah yang ada dalam komputer yang sedang saya guna (andaikan konon-kononnya saya tak tahu
)
Apabila saya semak pada ‘Device Manager’, saya lihat ada ’802.11b USB 2.0 Wireless LAN Adapter’ pada ‘Network Adapters’. Maka, saya tahulah network card yang ada dalam komputer ini, dari jenis USB Wireless LAN Adapter.
Andaikan anda sambung satu komponen, contohnya Printer, pada slot USB komputer anda, ia akan kelihatan pada submenu ‘Universal Serial Bus Controllers’. Jika tidak kelihatan, ini bermakna komputer anda tidak dapat mengesan komponen anda
Okay, selamat ‘explore’ Device Manager anda!
-WK-
Related posts:




kena explore skit nie….dah lama tak godek2….
Balas Komen Ini
Bagi mendaptkan device manager?
#1 gi right klik kat seblah my computer pastu choose “properties”
#2 dalam “system properties gi klik hardware
#3 pastu ade nmpak tab device manager klik ler atas dia…
Harap membantu insyaAllah
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
May 5th, 2009 at 8:37 pm
@azrin, terima kasih. boleh juga cara ini..cuma panjang sikitlah berbanding dengan cara klik kanan pada ‘manage’ terus
Balas Komen Ini