Selesaikah masalah dengan format komputer?

by waidakmy on June 25, 2009
in Troubleshooting PC

Salam dan Apa khabar? :)

Apabila membaca emel pembaca blog Wanita & Komputer sebegini, antaranya,

“Laptop saya ada masalah. Selalu keluar skrin biru kalau saya main game atau buka apa-apa program. Dah selalu sangat berlakunya, jadi saya ingat dah diserang virus. Maka, saya pun formatlah. Malangnya, dah lepas format pun masih jadi lagi…”

Nota: Emel telah disunting bagi memudahkan pembacaan memandangkan emel asal ditulis dalam bahasa sms.

Emel di atas memang menyedarkan saya, rupa-rupanya ada fahaman salah di antara kita.

“Format saja lah kan senang. Setel semua masalah”
“Ala…apa yang kau nak susahkan sangat. Format je”
“Slow sangat komputer tu. Baik kau format je”

Fahaman yang format komputer boleh menyelesaikan segala-galanya…

Tetapi,

Adakah benar dengan memformat komputer, ia boleh menyelesaikan semua masalah? SEMUA masalah, bukan sebahagian, bukan juga sekerat-kerat daripada masalah itu.

Selesaikan Masalah

Sumber: Flickr (MFunnel)

Secara jujurnya, saya kurang gemar dengan perkataan ‘format’ dan juga melakukannya. Format sentiasa menjadi cara terakhir saya dalam menyelesaikan masalah komputer.

Penting untuk anda tahu, yang kadang-kadang, format tidak menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya, masalah berulang selepas komputer diformat. Malah, adakalanya ia menimbulkan masalah yang lain pula, terutamanya, jika pemilik tidak menyimpan driver komponen komputernya.

Mungkin sukar untuk anda memahami kenapa saya berkata sedemikian. Tak kenal maka tak cinta, jadi…

Apa Itu Format?

Ada yang memanggilnya clean install

Format adalah proses membuang perisian* Windows daripada komputer, dan kemudian memasangnya kembali pada komputer kita

*Ya. Windows juga sejenis perisian atau software

Pendek kata, format komputer boleh diibaratkan juga seperti anda uninstall atau buang program bermasalah dan install semula program itu. Maka, format hanya sesuai dilakukan apabila anda menghadapi masalah dengan perisian Windows, bukannya hardware (komponen komputer).

Rasionalnya saya berkata begitu, boleh dinilai daripada analogi saya di bawah :)

Analogi

Katakan printer yang anda baru beli itu, sudah kehabisan dakwat dan menghantar notis ke komputer memberitahu dakwat sudah habis.

Apa yang anda akan lakukan?

a) Mengganti dakwat
b) Uninstall dan Install semula software printer

Saya tahu rata-rata pasti memilih jawapan A. Sangat pelik untuk tiba-tiba uninstall dan install semula software printer jika dakwat printer yang kehabisan.

Namun, begitulah yang berlaku apabila anda memformat komputer, jika masalah sebenar berpunca daripada hardware-nya.

Kurang percaya dengan kata-kata saya?

Cuba gantikan printer dengan hardware, software printer adalah Windows dan notis itu adalah skrin biru ;)

Format Komputer Atau Tidak?

Jangan pula, anda membuat kesimpulan yang format itu tidak boleh. Pengetahuan format itu penting untuk kita tahu. Adakalanya, format boleh menjadi quick fix atau penyelesaian sementara.

Apa yang penting, adalah ambil masa untuk memahami kenapa masalah itu terjadi, dan kemudian ambil tindakan yang sesuai untuk menghapuskan punca masalah :)

Yang tidak suka buang masa selesaikan masalah yang sama berulang kali,

-WK-

PS: Memandangkan perkataan format boleh membawa banyak maksud, format yang saya gunakan di atas adalah perkataan yang biasa digunakan apabila seseorang itu ingin fresh install atau clean install Windows (atau Operating System) dalam komputernya semula.

PSS: Buat pemilik emel (dan juga anda yang mungkin terasa), maafkan saya jika anda terasa. Tidak pernah langsung saya mengetawakan atau menyalahkan anda. Saya sekadar ingin membantu anda memahami kenapa kadang-kadang format bukanlah penyelesai masalah

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. 4 Langkah Selesaikan Masalah Komputer
  2. Tips 30 – Elakkan fail hilang ketika format
  3. [Tutorial] Cari dan Install Driver
  4. 4 format burn yang perlu difahami
  5. Apa itu Driver ?
  6. Masalah: Angkara Kuasa
  7. 12 Blog Komputer Anda Patut Tahu
  8. Skrin komputer tidak menyala

Comments

13 Responses to “Selesaikah masalah dengan format komputer?”
  1. TMUkmkd says:

    bagus artikel kali ni. sebab ramai yang salah anggap dan katakan bahawa format adalah cara paling bagus.

    Balas Komen Ini

  2. WaidaKmy says:

    Memang ramai dah salah anggap. Itu yang saya tulis post ini, walaupun panjang digagahkan juga :P

    Balas Komen Ini

  3. dan disebabkan itu….kenalah rajin buat backup untuk fail2x yang penting…..

    Balas Komen Ini

  4. asrol says:

    habis tu kalau tak format nak buat macamana? xkan nak biarkan macam tu jer,,,, :)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @asrol, tak adalah saya kata tak boleh format, dan tak adalah saya suruh biarkan saja :) selidiklah apa masalahnya, dan cari jalan penyelesaiannya.

    masalah kita, kita selalu takut dengan apa yang kita tak tahu, dan tak mahu mencabar diri mencari apa yang kita tak tahu itu.. :)

    Balas Komen Ini

    Amin007 Reply:

    @waidakmy, apa pun saya setuju dgn pendapat waidakmy.
    nak kaji apa masalahnya dulu, harus tenang dalam menghadapi masalah.

    tapi kalau sampai peringkat format, saya syorkan baik hdd tu buat 2 partion
    satu untuk install program, satu lagi simpan data

    tapi kalau hdd tu besar sangat, syor buat banyak partion
    c:\ -> install xp dan program
    d:\ -> simpan data2 kerja ms office
    e:\ -> simpan data2 hiburan macam mp3, video
    f:\ -> simpan driver, perisian yang selalu guna laa
    ( bagi kes yang hobinya format hehehe )

    syor sahaja hehehe

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Amin007, ada juga yang hobinya format ye? hehe

    memang bagus pun cadangan tu. saya pun buat begitu juga. jadi kalau windows crash pun, ada kemungkinan fail masih selamat lagi

    Balas Komen Ini

  5. Mal says:

    lau mcm kes sy, tukar hdd la jawabnya..kuang2..

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Mal, hihi. sudah kes teruk kan? itu yang perlu tukar HDD :D

    Balas Komen Ini

  6. achieek says:

    bestlah sis..info yang bagus n bleh d praktikkan

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @achieek, terima kasih :)

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda