Selesaikah masalah dengan format komputer?
by waidakmy on June 25, 2009
in Troubleshooting PC
Salam dan Apa khabar?
Apabila membaca emel pembaca blog Wanita & Komputer sebegini, antaranya,
“Laptop saya ada masalah. Selalu keluar skrin biru kalau saya main game atau buka apa-apa program. Dah selalu sangat berlakunya, jadi saya ingat dah diserang virus. Maka, saya pun formatlah. Malangnya, dah lepas format pun masih jadi lagi…”
Nota: Emel telah disunting bagi memudahkan pembacaan memandangkan emel asal ditulis dalam bahasa sms.
Emel di atas memang menyedarkan saya, rupa-rupanya ada fahaman salah di antara kita.
“Format saja lah kan senang. Setel semua masalah”
“Ala…apa yang kau nak susahkan sangat. Format je”
“Slow sangat komputer tu. Baik kau format je”
Fahaman yang format komputer boleh menyelesaikan segala-galanya…
Tetapi,
Adakah benar dengan memformat komputer, ia boleh menyelesaikan semua masalah? SEMUA masalah, bukan sebahagian, bukan juga sekerat-kerat daripada masalah itu.

Sumber: Flickr (MFunnel)
Secara jujurnya, saya kurang gemar dengan perkataan ‘format’ dan juga melakukannya. Format sentiasa menjadi cara terakhir saya dalam menyelesaikan masalah komputer.
Penting untuk anda tahu, yang kadang-kadang, format tidak menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya, masalah berulang selepas komputer diformat. Malah, adakalanya ia menimbulkan masalah yang lain pula, terutamanya, jika pemilik tidak menyimpan driver komponen komputernya.
Mungkin sukar untuk anda memahami kenapa saya berkata sedemikian. Tak kenal maka tak cinta, jadi…
Apa Itu Format?
Ada yang memanggilnya clean install
Format adalah proses membuang perisian* Windows daripada komputer, dan kemudian memasangnya kembali pada komputer kita
*Ya. Windows juga sejenis perisian atau software
Pendek kata, format komputer boleh diibaratkan juga seperti anda uninstall atau buang program bermasalah dan install semula program itu. Maka, format hanya sesuai dilakukan apabila anda menghadapi masalah dengan perisian Windows, bukannya hardware (komponen komputer).
Rasionalnya saya berkata begitu, boleh dinilai daripada analogi saya di bawah
Analogi
Katakan printer yang anda baru beli itu, sudah kehabisan dakwat dan menghantar notis ke komputer memberitahu dakwat sudah habis.
Apa yang anda akan lakukan?
a) Mengganti dakwat
b) Uninstall dan Install semula software printer
Saya tahu rata-rata pasti memilih jawapan A. Sangat pelik untuk tiba-tiba uninstall dan install semula software printer jika dakwat printer yang kehabisan.
Namun, begitulah yang berlaku apabila anda memformat komputer, jika masalah sebenar berpunca daripada hardware-nya.
Kurang percaya dengan kata-kata saya?
Cuba gantikan printer dengan hardware, software printer adalah Windows dan notis itu adalah skrin biru
Format Komputer Atau Tidak?
Jangan pula, anda membuat kesimpulan yang format itu tidak boleh. Pengetahuan format itu penting untuk kita tahu. Adakalanya, format boleh menjadi quick fix atau penyelesaian sementara.
Apa yang penting, adalah ambil masa untuk memahami kenapa masalah itu terjadi, dan kemudian ambil tindakan yang sesuai untuk menghapuskan punca masalah
Yang tidak suka buang masa selesaikan masalah yang sama berulang kali,
-WK-
PS: Memandangkan perkataan format boleh membawa banyak maksud, format yang saya gunakan di atas adalah perkataan yang biasa digunakan apabila seseorang itu ingin fresh install atau clean install Windows (atau Operating System) dalam komputernya semula.
PSS: Buat pemilik emel (dan juga anda yang mungkin terasa), maafkan saya jika anda terasa. Tidak pernah langsung saya mengetawakan atau menyalahkan anda. Saya sekadar ingin membantu anda memahami kenapa kadang-kadang format bukanlah penyelesai masalah
Related posts:



bagus artikel kali ni. sebab ramai yang salah anggap dan katakan bahawa format adalah cara paling bagus.
Memang ramai dah salah anggap. Itu yang saya tulis post ini, walaupun panjang digagahkan juga
dan disebabkan itu….kenalah rajin buat backup untuk fail2x yang penting…..
habis tu kalau tak format nak buat macamana? xkan nak biarkan macam tu jer,,,,
waidakmy Reply:
June 26th, 2009 at 2:23 pm
@asrol, tak adalah saya kata tak boleh format, dan tak adalah saya suruh biarkan saja
selidiklah apa masalahnya, dan cari jalan penyelesaiannya.
masalah kita, kita selalu takut dengan apa yang kita tak tahu, dan tak mahu mencabar diri mencari apa yang kita tak tahu itu..
Amin007 Reply:
July 13th, 2009 at 8:09 pm
@waidakmy, apa pun saya setuju dgn pendapat waidakmy.
nak kaji apa masalahnya dulu, harus tenang dalam menghadapi masalah.
tapi kalau sampai peringkat format, saya syorkan baik hdd tu buat 2 partion
satu untuk install program, satu lagi simpan data
tapi kalau hdd tu besar sangat, syor buat banyak partion
c:\ -> install xp dan program
d:\ -> simpan data2 kerja ms office
e:\ -> simpan data2 hiburan macam mp3, video
f:\ -> simpan driver, perisian yang selalu guna laa
( bagi kes yang hobinya format hehehe )
syor sahaja hehehe
waidakmy Reply:
July 15th, 2009 at 9:19 am
@Amin007, ada juga yang hobinya format ye? hehe
memang bagus pun cadangan tu. saya pun buat begitu juga. jadi kalau windows crash pun, ada kemungkinan fail masih selamat lagi
lau mcm kes sy, tukar hdd la jawabnya..kuang2..
waidakmy Reply:
July 6th, 2009 at 9:34 pm
@Mal, hihi. sudah kes teruk kan? itu yang perlu tukar HDD
bestlah sis..info yang bagus n bleh d praktikkan
waidakmy Reply:
July 25th, 2009 at 5:11 pm
@achieek, terima kasih
Kurang percaya dengan kata-kata saya?
Cuba gantikan printer dengan hardware, software printer adalah Windows dan notis itu adalah skrin biru
Kurang jelas dgn anologi ini. Sila jelaskan dgn lebih lanjut. Tq
waidakmy Reply:
May 23rd, 2010 at 4:21 pm
@siapa, kata-kata di atas tidak boleh diambil begitu saja. Ia perlu dibaca dari tajuk ‘analogi’. Saya quote semula di sini ya.
————–
Katakan “printer” yang anda baru beli itu, sudah kehabisan dakwat dan menghantar “notis” ke komputer memberitahu dakwat sudah habis.
Apa yang anda akan lakukan?
a) Mengganti dakwat
b) Uninstall dan Install semula “software printer”
Saya tahu rata-rata pasti memilih jawapan A. Sangat pelik untuk tiba-tiba uninstall dan install semula software printer jika dakwat printer yang kehabisan.
Namun, begitulah yang berlaku apabila anda memformat komputer, jika masalah sebenar berpunca daripada hardware-nya.
Kurang percaya dengan kata-kata saya?
Cuba gantikan “printer” dengan hardware, “software printer” adalah Windows dan “notis” itu adalah skrin biru.
————–
Saya buat ” ” pada tiga perkataan, printer, software printer dan notis. Analogi ini situasi yang sering kita hadapi. Cumanya, saya kaitkan semula dengan masalah hardware, software, Windows dan skrin biru yang kita alami.
Mohon beritahu jika pencerahan ini tidak mencukupi. Terima kasih!
“blue screen” slalu dikait kan dgn prob hardware..
cbe test tukar RAM lain,atau dvd rom n HDD yg lain..
cbe test 1 persatu n tgok result nye cmne..
klu prob still msih sme,dh frmat pn sme,better g bank,
kuar duet,g bli cmpter lain..huahuahua…
Yadz Reply:
October 9th, 2010 at 12:36 pm
@tgmservicecenter, Btul2, skrin biru atau BSOD (Blue screen of death) dlm bahase omputih, biasanya dikaitkan dengan hardware problem. Kne test satu persatu le.
asalamualaikum..
saya mmg dh boleh jadi gila ngan laptop nie..saya xtahu la pa masalah dya..laptop saya model compaq presario CQ40…saya nak tnya pa msalah laptop saya nie…bila saya men game,dgar music or tgok movie laptop saya trus je padam..cth,saya men game,xsmpay 10 mnit dya trus padam…bila ja saya on blik perkataan yg muncul d skrin “the system bios has detected your notebook pc was placed in hibernation to avoid overheating.the system is now operating normally and your data should remain”stakat nie sja yg sya dpat catch up…yg len xdpat la..saya harap kowang suma dpat bntu ilangkan masalah ni…dh hmpir gila saya dibuatnya..
kerjasama anda semua didahulukan dgan jutaan terima kasih…
waidakmy Reply:
September 23rd, 2010 at 11:08 pm
@pakmok, waalaikumussalam. Cuba taip perkataan “the system bios has detected your notebook pc was placed in hibernation to avoid overheating” di Google.
Kemungkinan besar masalah yang sama berlaku kepada pengguna lain. Kemungkinan ada masalah dengan kipas? Saya juga kurang pasti kerana maklumat tidak begitu lengkap. Saya syorkan taip frasa di atas dalam Google dan cari masalah yang hampir kepada Tuan.