Skrin komputer tidak menyala

by on September 29, 2009
in Troubleshooting PC

Salam dan Apa khabar? :)

Ya. Blog ini masih hidup lagi. Saya terasa diperli pula oleh Safar.

Serasa berat sekali mahu merealitikan apa yang saya fikir, walaupun banyak sebenarnya yang terlintas di fikiran. Alangkah bahagianya hidup, kalau apa yang saya fikirkan, boleh terus menjadi tulisan di sini.

Masalah Komputer?

Sejak akhir-akhir ini, kadang-kadang komputer saya tidak boleh dihidupkan. Walaupun lampu pada CPU menyala, skrin langsung gelap. Tiada apa-apa. Yang peliknya, seingat saya, hanya berlaku di waktu malam. Tapi, saya tahu, masalah ini wujud bukan berpunca dari monitor.

Kenapa?

Punca utama sebab bunyi. Lain bunyinya, jika komputer berjaya hidup dengan sempurna dan tidak. Ada bunyi kipasnya, dan bunyi entah apa. Untuk masuk ke Windows pun ada bunyi bukan? (Emm..lain komputer, lain bunyinya. Komputer saya komputer lama, jadi lebih sedikit bunyinya :P ) Jadi, bukan lampu sahaja penanda aras ada sesuatu tidak kena dengan komputer anda. Bunyi juga memainkan peranan.

Jadi, jika skrin komputer anda tidak menyala, cuba dengarkan bunyi komputer anda semasa dihidupkan. Adakah ia lain dari kebiasaan? Jika bunyinya normal, mungkin masalah terletak pada monitor anda.

Apa pendapat anda tentang teori saya ini? :)

Jumpa lagi!

-WK-

PS: Saya tulis artikel pendek dulu. Buat penggerak enjin berblog kembali :D

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Selesaikah masalah dengan format komputer?
  2. 4 Langkah Selesaikan Masalah Komputer
  3. Pentingnya Safe Mode jika komputer bermasalah
  4. Tips 34 – Sambung external monitor pada laptop
  5. Kenal Error Message Ketika Skrin Biru
  6. Masalah: Angkara Kuasa
  7. Apa “Press DEL to enter Setup” tu?
  8. Ikut atau Tidak Trend Teknologi?

Comments

8 Responses to “Skrin komputer tidak menyala”
  1. TMUkmkd says:

    WK, saya rasa kita mempunyai masalah yang sama. bukan pasal monitor, tetapi pasal tidak kemampuan untuk menulis sedangkan banyak perkara hendak dikongsi ==”

    monitor. mungkin betul mungkin salah. kerana ianya bersifat teori ^_^

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, ya!! :P

    kita tunggu dan lihat, sama ada teori saya dibuktikan betul atau tidak hehe. Kalau ada post seterusnya tentang monitor saya yang rosak, maka faham-fahamlah :D

  2. Amin007 says:

    macam mana pun komputer ada bunyi tersendiri kalau dihidupkan. sama ada berjaya diboot atau tidak, masing-masing ada irama yang tersendiri.

    cuma kena pandai teka laa sebab setiap komputer ada bunyi yang unik. cuma kalau ada nak cari komputer yang rendah guna tenaga elektrik tapi laju dari segi kapasiti dan prosesor

    waidakmy Reply:

    @Amin007, itu saya tak tahu. sebab saya tak pernah pula ukur penggunaan tenaga elektrik komputer ini berapa

  3. 4ourth says:

    lama dah tak jenguk blog ni. masih hidup, penuh dgn informasi :D
    keepidup waida XD

    selamat “belated” hari raya~~!!

    waidakmy Reply:

    @4ourth, terima kasih :) selamat hari raya jua!

  4. adiek says:

    monitor blh on cume kuar gmbr background je tp gmbr my computer, button start xkuar, klik pd mouse pun xjd ape, tekan keyboar pun xkuar ape

    WaidaKmy Reply:

    @adiek, mungkin Windows Explorer yang bermasalah. Boleh cuba cari di Internet dengan kata kunci ‘nothing on my desktop’ atau ‘no taskbar in desktop’.