Tak Dapat Akses Internet: Apa Langkah Anda?

by waidakmy on April 23, 2009
in Troubleshooting PC

Salam dan Apa khabar? :)

Lama dah saya tak pakai desktop kat rumah tu. Bila nak guna, tiba-tiba saja dah tak boleh akses Internet “, Zaki meluahkan masalahnya

Macam-macam kemungkinan itu. Boleh jadi network card yang rosak, atau ada masalah dengan network. Perlu check satu-satu, baru boleh tahu masalahnya di mana“, Hadi cuba membantu

Benar, apabila menghadapi masalah tidak boleh akses Internet, macam-macam kemungkinan yang ada. Jadi, kita memang perlu jadi ‘detektif sementara’ untuk siasat di mana punca masalah tidak boleh akses Internet itu ;)

Cara Detektif ‘WK’ Siasat Masalah Ini

Detektif WK

Sumber: Flickr

1. Semak hardware (network card atau adapter) elok atau tidak?

Untuk pastikan network card atau adapter saya elok, saya akan pastikan komponen ini dipaparkan dalam senarai ‘Device Manager’, tanpa ada sebarang ikon sebegini

Device Not Detected

Sumber: AskCreative

*Jika ada ikon seperti di atas, saya akan re-install balik driver untuk komponen ini

Bacaan Tambahan:

Bagaimana membuka Device Manager?

2. Uji sambungan Internet guna teknik Ping

Saya akan ping dua tempat ini, iaitu laman web Google dan default gateway bagi network. Jawapan yang saya terima untuk kedua-dua ujian ping ini, saya akan bandingkan dan fikir di manakah tempat bermula masalah akses Internet ini :)

Bacaan Tambahan:

Penerangan lanjut tentang teknik Ping

3. Selesaikan masalah!

Jika hardware yang rosak, saya akan gantikannya dengan network card atau adapter baru

Jika ada masalah dengan driver hardware, saya akan re-install atau dapatkan perisian driver dari sumber lain. Contohnya, laman web syarikat network card atau adapter

Jika router/modem yang bermasalah, saya akan cuba akses router dengan komputer lain untuk mengujinya (sama dengan langkah 1 dan 2). Andaikan masalah itu hanya terjadi pada komputer yang bersambung secara wireless dengan router terbabit, saya akan cuba pula sambung ke router menggunakan wayar. Ulang kembali ujian yang sama. Kalau sah router atau modem rosak, tukar dengan yang baru.

Jika ada masalah daripada router/modem ke penyedia Internet, saya akan telefon saja hotline Streamyx, Celcom Broadband atau Maxis Broadband :P

Begitulah cara Detektif WK menyelesaikan masalah kali ini, “Masalah Tidak Dapat Akses Internet”

Sekian laporan untuk kali ini…

Roger and Out :P

-WK-

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Teknik ping untuk uji sambungan Internet
  2. Apa itu Device Manager?
  3. Tips 25 – Tak dapat sambung ke internet?
  4. Akses fail anda dengan cepat
  5. Kisah Kirana berkongsi Streamyx
  6. Apa yang Kirana perlu untuk WiFi kan Streamyx?
  7. Bagaimana melindungi WiFi anda?
  8. Tips 26 – Apa itu IP address?

Comments

8 Responses to “Tak Dapat Akses Internet: Apa Langkah Anda?”
  1. TMUkmkd says:

    fuhhhhhhhhhhh… kindaici shonen dijikenbo
    :D

    sekarang ni K tengah dilanda demam ubuntu 9.04 :D

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, haha..saya memang minat ngan komik tu pun..complete set komik dia saya ada :p

    saya pun macam nak cuba ubuntu tu..tapi nak tunggu lepas beli laptop. komputer sekarang ni dah malas nak kacau2 sangat..banyak benda..komputer baru nak godek2 tak apa lagi..

    Balas Komen Ini

  2. hmmm…..teringin gak tahu pasal ubuntu…..something new to learn….

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @hazman, boleh beli CD ubuntu ni dan cuba..ada dijual di http://jomlinux.com/ekedai/index.php?main_page=index&cPath=4

    walaupun ubuntu ni boleh download percuma je di internet. tapi ini ada disertakan manual pemasangannya sekali :)

    saya pun teringin juga..tapi nantilah..tunggu ada komputer lain untuk digodek2..yang kalau rosak pun tak apa..

    Balas Komen Ini

  3. azrin says:

    selain dari aper yang ditulis diatas, saya jugak akan configure the ip address either by auto or manually… selain dari itu, wall soket kekadang ader potensi to contribute kepada masalah transferring

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @azrin, boleh juga. kadang-kadang saya juga guna function ‘repair’. kadang-kadang ia boleh membantu :)

    Balas Komen Ini

  4. pakcik says:

    pakcik nak tahu kenapa nak akses internet guna ubuntu tak boleh…

    pakcik dah buntu dah nih…

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @pakcik, konsepnya sama juga seperti konsep hardware dan software yang saya tulis di atas..apa yang berbeza sesuaikan perisian yang ada di ubuntu..

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree