Cara Backup Fail Dan Database Blog
by waidakmy on November 21, 2009
in Tutorial Komputer
Assalamualaikum dan Apa khabar?
Atas permintaan MasterYus, ruangan tutorial kali ini akan memaparkan cara-cara backup fail-fail penting untuk blog kita. Blog yang saya maksudkan ini adalah blog yang dibina sendiri menggunakan platform WordPress.
Apa Perlunya Backup?
Proses backup ini umpama insurans juga. Kita hanya perlukannya ketika ada masalah. Kalau tiada masalah, siapa pun tidak peduli tentang backup.
Apa Yang Harus Kita Backup?
Dalam blog WordPress, ada 2 bahagian penting yang harus kita backup.
- Fail Database (atau MySQL yang kita lihat di cPanel itu)
- Fail-fail yang kita simpan di hosting, seperti gambar, plugin atau tema wordpress yang telah kita ubahsuai itu…
Apa Terjadi Kalau Saya Backup Satu Saja?
Fail Database hanya menyimpan artikel-artikel kita, iaitu yang berbentuk tulisan. Juga komen-komen yang dihantar pengunjung. Bukan gambar yang kita letak sebagai penghias artikel. Gambar tidak disimpan dalam database. Ia disimpan di dalam hosting.
Andaikan kita backup salah satu bahagian saja, bila ada masalah, blog kita tidak dapat dikembalikan seperti asalnya. Dan, untuk menyelesaikannya, adalah dengan menulis atau memasukkan semula gambar. Penat bukan?
Cara-Cara Backup Database
1 – Login ke cPanel
2 – Klik pada ikon ‘Backup‘
3 – Di bahagian ‘Download a MySQL Database Backup‘, ada tersenarai nama-nama database untuk hosting anda. Klik pada nama database yang betul (jika ada banyak). Fail akan dimuat turun (download) ke dalam komputer.
(Gambar diedit atas isu sekuriti. Wrdp1 adalah salah satu contoh nama database yang diberi apabila blog dibina menggunakan Fantastico)
4 – Selesai!
Nota: Jika ada masalah, boleh muat naik (upload) ke hosting melalui pilihan ‘Restore a MySQL Database‘ di sebelahnya.
Cara Automatik Yang Lebih Senang?
Cara yang ditunjukkan di atas adalah cara manual. Kurang sesuai (baca: agak penat) untuk dibuat selalu. Jika mahu menjadikan fail backup itu satu insurans yang bagus, kita harus buat backup dengan kerap. Oleh itu, boleh gunakan plugin WP DB Backup.
Install plugin ini di blog anda dan tentukan setting yang sesuai. Jika kerap update blog, kerapkan proses backup. Jika dalam seminggu hanya 2 kali, cukuplah seminggu sekali.
Cara-Cara Backup Fail Di Hosting
Untuk ini, ada 2 cara yang boleh digunakan. Salah satu caranya, masuk ke hosting menggunakan perisian FTP (seperti FileZilla). Kemudian, download semua fail yang berada dalam folder public_html.
Satu lagi cara, adalah melalui cPanel.
1 – Login ke cPanel
2 – Klik pada ikon ‘Backup‘ seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas
3 – Di bahagian ‘Download a Home Directory Backup‘, klik pada butang ‘Home Directory‘. Fail akan dimuat turun terus ke komputer.
4 – Selesai!
Itu sahaja ruangan tutorial kali ini. Jumpa lagi!
-WK-
Related posts:






Perkongsian yang mantap. Saya akan gunakan panduan ini untuk back up blog saya yang tiba-tiba bermasalah beberapa hari lepas. Ada beberapa post yang hilang jika tiada back up dibuat. Thanks Waida.
waidakmy Reply:
November 22nd, 2009 at 6:26 pm
@MY, Terima kasih
Yang penting amalkan. Insurans ni
Salam waidakmy! Nak tanya sikit, jika blog bermasalah i.e ada posting hilang ker etc..adakah full back up yg dah di ‘download’ tuhh boleh digunakan untuk di ‘restore’ ker hosting (cpanel) supaya blog kita pulih seperti asal?
waidakmy Reply:
March 30th, 2010 at 11:31 pm
@sam, salam!
Tidak boleh. Post dalam blog disimpan dalam database.
Full backup adalah backup untuk fail-fail yang kita simpan dalam hosting itu.
Salam..
Sama tak proses diatas utk blogspot?
waidakmy Reply:
June 17th, 2010 at 11:06 pm
@mariani, Waalaikumussalam.
Untuk blogspot, setahu saya, kita cuma boleh backup template sahaja, bukan entri di dalamnya. Sekiranya ada fungsi ini di masa hadapan, saya akan maklumkan di blog ini.