Tutorial: Salin DVD ke DVD lain

by waidakmy on July 19, 2009
in Tutorial Komputer

Salam dan Apa khabar? :)

Sudut Tutorial datang lagi. Tutorial kita pada hari ini, iaitu

Bagaimana menyalin (copy) isi kandungan DVD ke DVD lain

Sebelum itu, perisian yang saya gunakan untuk melakukan proses ini adalah Nero 7 Essentials, yang saya dapat ketika membeli DVD Burner* dulu. Dan secara logiknya, anda perlu ada DVD Burner untuk melakukan tutorial ini. Tidak boleh dibuat dengan DVD drive biasa.

*DVD Burner – DVD drive yang boleh burn (tulis data) ke atas DVD kosong

Oh ya, untuk pengetahuan anda, sesetengah DVD ada perlindungan hakcipta, yang tidak membenarkan anda salin DVD itu ke DVD lain. Jadi, untuk kes sebegini, sama ada anda tidak dibenarkan menyalin DVD tersebut, atau jika berjaya, salinan DVD itu tidak akan berfungsi sama seperti DVD asal.

Bagaimana Copy DVD ke DVD lain?

  1. Buka Perisian Nero 7 Essentials.
  2. Nero 7 Essentials

    Nero 7 Essentials

  3. Masukkan DVD yang anda ingin salin (copy) itu.
  4. Pilih ‘Backup’ dan kemudian pilih ‘Copy DVD’.
  5. Menu Backup

    Menu Backup

  6. Tentukan ‘Source Drive’  dan ‘Destination Drive’ adalah betul.
  7. Menu Utama ISO

    Menu Copy DVD

  8. Pilih ‘Writing Speed’ yang sesuai. Saya biasanya pilih kurang sedikit daripada ‘Maximum’.
  9. Tentukan ‘Number of Copies’ seperti yang anda mahu. Perlu ditukar sekiranya anda mahu salin kepada lebih daripada 1 DVD.
  10. Tentukan di mana anda mahu simpan sementara fail image. Pastikan kapasiti harddisk mencukupi.
  11. Klik ‘Copy’ dan tunggu sehingga selesai
  12. Masukkan DVD-R kosong ke dalam DVD Burner anda.
  13. Tunggu hingga selesai.

Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas

Okay, semoga berjumpa lagi! Jangan lupa amalkan tutorial kali ini :)

Knowledge alone is not enough. Applied knowledge is power!

-WK-

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Apa converter avi kepada DVD yang bagus?
  2. Tutorial: Pindah My Doc Ke Drive Lain
  3. Asas Website Siri 1
  4. Bila harddisk semakin penuh
  5. Cara Backup Fail Dan Database Blog
  6. [Tutorial] Cari dan Install Driver
  7. Tutorial Upgrade Blog

Comments

11 Responses to “Tutorial: Salin DVD ke DVD lain”
  1. asrol says:

    bagaimana pulak kalau nak salin dvd ke cd/cd ke dvd? ade sesaper yang tau?

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @asrol, saya kurang nampak tujuan salin dvd ke cd, kerana banyak keping cd perlu digunakan untuk salin 1 DVD. Bergantung juga pada content DVD tu. Katakan DVD movie, perlu ripped dulu (guna software) untuk convert ke format lain. Fail yang dah di-ripped itu, pasti bersaiz besar juga, dan tak muat 1 keping CD juga akhirnya. Mahu diburn dalam CD lain-lain, perlu pecahkan dulu lah agaknya fail DVD tu.

    Kalau CD ke DVD, lebih senang copy saja dulu ke komputer. Kemudian burn as data ke dalam DVD. Apa yang saya kata ini mengikut content CD tersebut.

    Balas Komen Ini

  2. asrol says:

    Thanks waidakmy untuk info berkenaan…. :)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    sama-sama :)

    Balas Komen Ini

  3. broSKL says:

    klo cmni bole la buat DVD pirate wakaka pape pun tQ for info

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    tak semestinya, sebab ada perlindungan hakcipta (seperti yang dah saya sebut dalam artikel di atas :) )

    Balas Komen Ini

  4. shahrul says:

    Klu nk convert video .avi kpd DVD lg susah. Waidakmy tau x ape software yg sesuai?

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @shahrul, maksudnya nak burn dalam DVD ke? Jika ya, boleh cuba guna fungsi DVD Video dalam perisian Nero. Saya tidak pernah cuba untuk DVD, tetapi biasa buat untuk CD (.avi ke CD)

    Balas Komen Ini

    shahrul Reply:

    @waidakmy, sy dh cuba fungsi DVD video dlm Nero tu sejak 2-3 tahun lalu tp mmg x berjaya. Dia perlu encoding drpd file .avi kpd file DVD video.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @shahrul, oh ye ke? Saya tak pernah cuba sebab tak ada keperluan. Biasa saya burn format biasa (data) saja, sebab play kat komputer. Cuba la google ‘avi to DVD’, mungkin bertemu converter yang sesuai

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda