Tutorial: Pindah My Doc Ke Drive Lain
by waidakmy on June 21, 2009
in Tutorial Komputer
Salam dan Apa khabar?
Saya pernah kongsikan tips elak fail – fail penting hilang ketika format suatu masa dahulu. Selain daripada menyimpan terus fail dalam drive selain C (bukan di drive C tau!), Shahrul ada menyarankan untuk pindahkan target folder My Document ke drive D.
Almaklumlah, saya tahu ramai di antara anda yang mempunyai tabiat menyimpan fail dalam My Document (termasuklah saya! kadang-kadanglah heh). Jadi untuk menyenangkan saya, saya pindahkan folder My Document ke drive D.
Bagaimana Memindahkan Target My Document ke Drive D?
1. Klik kanan pada ‘My Document’
2. Pilih ‘Properties’

3. Pada menu ‘My Document Properties’ (seperti pada gambar), klik ‘Move’

4. Pada menu ‘Select A Destination’, pilih folder baru yang anda mahukan. Katakan anda mahu pindah ke drive D. Jadi, pilih drive D, dan klik ‘Make New Folder’. Namakan folder itu, ”My Document’. Kemudian klik ‘Ok’

5. Pastikan folder yang betul pada ruang ‘Target’. Jika betul, klik ‘Ok’
Nota: Tak semestinya anda wajib pindahkan ke drive D. Mungkin anda mempunyai drive lebih daripada 2, jadi pindahkanlah folder tersebut ke mana-mana drive yang anda mahu
Nota lagi: My Docs dalam gambar di atas adalah My Document. Saya telah rename folder My Document kepada My Docs hehe
Sekianlah ruangan Tutorial untuk kali ini
-WK-
Related posts:
- Tutorial: Salin DVD ke DVD lain
- Tips 33 – Sembunyikan fail rahsia anda!!
- Tips 28 – Ceriakan folder anda dengan gambar baru :)
- Lajukan pc anda – buang fail dalam temp folder
- Akses fail anda dengan cepat
- Tips 9 – install microsoft equation dalam word
- Tips 30 – Elakkan fail hilang ketika format
- Tips 7 – Scroll document cara mudah, tak sakitkan tangan




hmmm…. baru la saya tahu ada function yang kita boleh MOVE kan folder kita DRIVE yang boleh disettingkan….
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
June 22nd, 2009 at 6:25 pm
@hazman aka species1980, setakat yang saya cuba, hanya boleh digunakan untuk folder My Document saja. Folder biasa tak boleh hehe
Balas Komen Ini
kakak2 yang taktau tu, boleh la ikut caranya kan.. nice share sis
Balas Komen Ini
kalau nak pindah share document macam mana yer??
saya cuba banyak kali tak boleh laa
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
July 13th, 2009 at 1:47 pm
@Amin007, hmm..dah cuba unshare kan dulu document tu, kemudian baru pindahkan?
Balas Komen Ini
Amin007 Reply:
July 13th, 2009 at 7:19 pm
@waidakmy, maksud saya Share Documents yang dah disetkan oleh Win XP laa
atau ada pilihan lain???
Balas Komen Ini
waidakmy Reply:
July 13th, 2009 at 8:33 pm
@Amin007, owh. Fail yang itu. Itu memang sudah default tempatnya. Rasanya memang tak boleh ubah, melainkan anda tahu dan faham mendalam tentang OS. Cadangan saya sebelum ini applicable untuk yang set sharing option untuk mana-mana folder
Balas Komen Ini