Hadiah hari lahir RM100 untuk dimenangi..
Khabar baik dari Johor,
Seronok dapat berjumpa dengan rakan2 forum WangCyber di Bukit Jalil ahad lepas
Kelakar juga, banyak sangkaan yang meleset (ingatkan tinggi, rupa2nya comel je, dan sebaliknya). Biasalah, kenalan online yang hanya bergantung pada gambar. Seronok memang seronok, cuma sekejap sangat, tak dapat borak lama dengan semua. Highlight of the day, mendengar tips hebat dari Irfan Khairi dan rakan2 IM lain.
Genap sebulan lagi hari lahir saya akan menjelang, jadi saya ingin beri hadiah istimewa untuk anda yang bertuah
Apa yang anda perlu buat adalah memenangi pertandingan ini. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut di bawah. Teruskan membaca
Pertandingan Komik Komputer di WaidaKmy.com
Pertandingan ini ada 2 bahagian. Yang pertama, komik anda akan dikumpulkan dalam tempoh 2 minggu. Bahagian kedua, proses pengadilan komik akan bermula, juga dalam masa 2 minggu.
Apa yang perlu anda buat di…
Pusingan Pertama (4/8 sehingga 18/8)
- Lukis komik bertemakan komputer. Tema mesti tepat, bukan setakat lukis komputer dalam komik
- Komik mestilah kreatif dan tidak memboringkan. Yang penting, sesiapa pun boleh teruja jika membacanya
- Komik boleh berbentuk cerita panjang, atau pendek, tiada had (tapi jangan lah sampai jadi komik bersiri pula
) - Komik mestilah jelas warna dan tulisannya (sesuai untuk dipaparkan pada blog ini)
- Komik mesti berbahasa melayu
- Komik mestilah mempunyai “isi”. Tidak dibenarkan unsur2 slapstik, lawak bodoh, diskriminasi atau lucah. Penyertaan akan dibatalkan serta-merta jika syarat ini dilanggar
- Hint : Markah akan diberi lebih jika anda dapat menggunakan apa2 yang terdapat di blog ini dalam komik anda
Fikir2kan…
Pusingan Kedua (19/8 sehingga 2/9)
- Komik yang telah anda lukis, hantarkan kepada admin [at] waidakmy.com sebelum atau pada 18/8.
- Setiap komik yang dihantar, akan dipaparkan pada blog waidakmy.com
- Selama 2 minggu, saya perlukan anda (ya , pembaca blog ini
) untuk undi komik kegemaran anda.
Kriteria Pemarkahan
50% dari undi pembaca2 blog waidakmy.com
50% pula dari saya. Komik anda akan dinilai mengikut unsur2 seperti yang diterangkan di atas. (Markah lebih jika dapat menangkap hint yang saya maksudkan
)
Peraturan & Syarat Pertandingan
- Peserta paling minima 1 orang, dan tidak lebih dari 2 orang
- Plagiat adalah dilarang sama sekali. Komik mesti lah yang original.
- Saya berhak menambah atau membuang peraturan & syarat pertandingan pada bila2 masa. Peraturan & syarat pertandingan di waidakmy.com adalah paling utama, Jika ada perbezaan peraturan di antara website2 lain. Rajin2 lah bertandang ke sini selalu…heh
- Keputusan akhir pertandingan tertakluk kepada pihak waidakmy.com
Bagaimana dengan hadiah?
Tempat 1 – Wang tunai RM100
Tempat 2 – Wang tunai RM50
Tempat 3 – Wang tunai RM30
Pemenang Peraduan Komik Komputer akan diumumkan selewat2nya pada 3/9 di blog waidakmy.com
Jika anda suka melukis komik, apa kata anda cuba? Mungkin boleh menang duit RM100. Siapa tahu?
Jangan lupa wara2 kan kepada kawan2 anda
Jumpa lagi!!
Tambahan 5/8/2008:
Sesiapa yang berminat, harap dapat daftarkan diri dengan hantar email kepada pihak waidakmy.com. Tiada tempoh masa selagi masih sempat menghantar komik sebelum 18/8
Tambahan lagi (7/8/2008):
Kalau malas mahu hantar email, daftar di ruang komen pun boleh (kalau anda bertanya, saya tak kira anda daftar lagi). Saya mahu yang benar2 serius menyertai pertandingan ni
Yang penting, isikan email yang betul. Susah saya nak hubungi anda nanti.
Tambahan lagi dan lagi
(13/8/2008):
Kejam pula rasanya bagi tempoh 2 minggu saja untuk lukis komik. Jadi, saya buat keputusan untuk panjangkan lagi tempoh sehingga hujung bulan Ogos (31/8/2008). Oleh itu, lukis cantik2 yey!
Related posts:



wah… bagus ni… nak cubalah… time-time rileks kepala… mana tahu timbul ide… huhuhu…
p/s: pertama kali tengok orang sediakan hadiah kepada orang ramai sebelum hari jadinya… selalunya pada hari jadinya… tahniah waidakmy…
p/p/s: kalau saya tak sempat atau lupa nak daftar dengan hantar emel… consider post saya ni ajalah ya… kalau sempat… kalau ingat… nanti saya hantar… bukan malas… sekali kerja ajalah… huhuhu…
waidakmy Reply:
August 7th, 2008 at 1:06 pm
copernicus,
ni boleh juga..saja nak suruh orang hantar email, nak bezakan yang serius atau tak
hohoh menarik ni… jap2.. lukis tu meaning lukis pakai tangan ke lukis guna tools cam photoshop etc???
waidakmy Reply:
August 7th, 2008 at 1:08 pm
topo,
kalau nak lukis pakai tangan boleh juga, janji kena clear dan boleh dibaca, sebab nanti topo kena scan pula. lagipun, saya akan post komik tu di sini nanti
kalau berminat, beritahu saya, saya nak masuk list senarai
topo Reply:
August 7th, 2008 at 6:31 pm
memang guna tool la kan???hohoho bagus… ok daftar kan nama
topo
http://topotato.com
waidakmy Reply:
August 8th, 2008 at 9:54 am
tool boleh..lukis tangan pun boleh..janji clear..boleh baca..tapi pastilah lagi cantik dan lawa kalau buat dengan tool
Ni yang buat rasa tercabar ni. Nak antar komik tu dalam bentuk apa, ekomik ke? Atau antar guna pos
waidakmy Reply:
August 13th, 2008 at 12:01 pm
andak ke ahndark?
ekomik..sebab saya nak post komik anda kat sini nanti lepas tarikh tutup..
kalau pos, saya kena scan pula..
kalau aku bosan, aku lakar-lakar la atas ketas A4 nih..itupun kalau aku takde keje la..
waidakmy Reply:
August 14th, 2008 at 9:50 am
sila2
dah ramai ke calon2 yg daftar pertandingan ni??best nak masuk ni! menarik…nanti kalo ‘train’ dan ada idea.. bole try ..kot?
waidakmy Reply:
August 18th, 2008 at 10:36 am
dah ada beberapa orang..tapi tak apa, masih terbuka..
tak rugi pun mencuba kan?
janji dapat idea, sempat daftar, sempat lukis sebelum hujung bulan..boleh je..
dah tak baper hari lagi dah.. keje ofis makin bertambah.. adehh.. cemana nak start buat komik nih
relaks dan fokus..
Salam, alamak…dh lepas due date ptandingan melukis ni rupanya, baru nk join..huhu..harap lain kali dpt anjurkan ptandingan melukis sebegini lg ye^^
waidakmy Reply:
September 30th, 2010 at 8:46 pm
@Afza Afreeda Annuar, Hehehe. Maaf ya Cikpuan Afza.